Johor: Teluk Ramunia hab pelaburan strategic
29 JULY 2010 , BY BERITA HARIAN
Beberapa syarikat luar negara menyatakan minat untuk melabur di Teluk Ramunia berikutan kedudukan strategik kawasan berkenaan terutama berdekatan Singapura.
Syarikat itu termasuk anak syarikat South Korea Samsung Group, Samsung Heavy Industries (SHI) yang dikatakan mula menyuarakan keinginan untuk melabur dalam sektor petroleum dan gas di kawasan itu.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata syarikat itu mengadakan lawatan ke Teluk Ramunia dan berjaya mengenal pasti lokasi sesuai untuk pembangunan projek limbungan kapal mereka, tahun lalu.
“Dalam lawatan itu, SHI menyuarakan kesungguhan mereka untuk melabur kerana kawasan terbabit bersesuaian dengan projek yang bakal dilaksanakan.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti mengenai jumlah pelaburannya kerana tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung projek itu," katanya.
Abdul Ghani berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Teknologi Baru, Pembangunan dan Penyelidikan untuk Iskandar Malaysia anjuran Pusat Penyelidikan Iskandar Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (IMREC) di sini.
Sebelum ini, Pengurus Besar Pusat Pelaburan negeri, Mohamed Basir Mohamed Sali dilaporkan sebuah syarikat berpangkalan di Asia Pasifik dijangka melaksanakan projek pembangunan bernilai RM2 bilion di Teluk Ramunia, Kota Tinggi.
Abdul Ghani berkata, selain SHI, banyak syarikat luar negara menyatakan minat untuk melabur di kawasan yang akan dibangunkan sebagai hab petroleum dan gas utama itu.
“Teluk Ramunia bukan saja terletak di lokasi yang strategik, malah ia berdekatan Singapura.
“Justeru, kita jangkakan peningkatan jumlah pelabur pada masa akan datang kerana terlalu ramai yang berminat untuk melabur di Teluk Ramunia," katanya.

**orang johor jangan cakap takde kerje wokeyy:)

No comments:
Post a Comment