baru mula

hari ni blog ni baru lahirrr.....on progress

Monday, 12 March 2012

sejarah industri pasir gudang


Zon Ekonomi Utama D :Pasir Gudang Pintu Pembangunan Timur

Lokasi
Salah satu daripada komponen utama Iskandar Malaysia ialah pusat perindustrian dan pengeluaran di wilayah selatan Semenanjung Malaysia yang merangkumi 31,132 ha kawasan Pasir Gudang. Zon Ekonomi Utama D meliputi Pelabuhan Pasir Gudang, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Langsat dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat.
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama D adalah fokus kepada industri-industri berat dan logistik, termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, industri berasaskan makanan dan kejuruteraan serta pelabuhan-pelabuhan dan logistik serta pergudangan. Zon Ekonomi Utama D lebih menumpukan kepada industri penapisan minyak palma dan aktiviti-aktiviti hilir di dunia.
Pemaju-pemaju di Pasir Gudang termasuklah Syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa seperti Panasonic, Titan Petchem, Kiswire, Western Digital dan IOI Loaders.
Kebanyakan tanah-tanah milikan bank di Zon Ekonomi Utama D adalah zon perindustrian (Hak milik pajakan: '30+30'-year pajakan atau 60 tahun pajakan) dan jenis kediaman (hak milik bebas dan hak milik pajakan).
Pada 15 Februari 2008, harga tanah perindustrian di Pasir Gudang adalah dalam lingkungan antara RM14 - RM20 (US$5 - US$7) setiap kaki persegi untuk '30+30'-tahun pajakan dan RM17 - RM30 (US$6 - US$10) setiap kaki persegi untuk 60 tahun pajakan.
Pengenalan
Lokasi
Pasir Gudang terletak 30 km di timur Johor Bahru. Ia terletak di hujung barat kawasan metropolitan Johor Bahru. Jumlah penduduk adalah sekitar 100,000 orang.
Majlis/Aktiviti
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di kawasan Pasir Gudang adalah melibatkan elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas-kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan plastik.
Pusat Perindustrian Utama di Selatan Semenanjung Malaysia
ehingga kini, terdapat lebih daripada 300 buah kilang di kawasan Pasir Gudang yang telah menyediakan lebih daripada 30,000 peluang-peluang pekerjaan untuk 100,000 orang masyarakat di Pasir Gudang.
Latar belakang sejarah
Nama Pasir Gudang asalnya merupakan sebuah lombong pasir di Kampung Ulu. Pasir telah dilombong dan disimpan di dalam gudang, kemudiannya di eksport ke Singapura. oleh itu, ia dinamakan sebagai 'Pasir Gudang'. Pada awal abad ke 20, Pasir Gudang merupakan kawasan pertanian . Pada tahun 1969, skim-skim tanah FELDA telah ditubuhkan di kawasan Pasir Gudang . Bagi meneruskan usaha membangunkan bahagian barat Johor, Kerajaan Negeri telah menukarkan tanah-tanah estet kepada kawasan perindustrian dan perumahan untuk membangunkan Pasir Gudang menjadi sebuah kawasan perindustrian.
Perhubungan
Kini, Zon Ekonomi Utama D adalah bersambung dengan empat lorong Lebuh raya Pasir Gudang, satu jalan utama dan satu landasan kereta api ke Johor Bahru.
Mercu Tanda
Asia Pacific Trade & Expo City (APTEC City)
Terletak di Lakehill Resort City, di bahagian selatan semenanjung Malaysia. APTEC City akan menjadi sumber perdagangan dan pengagihan produk terbesar secara terus dari pengeluar kepada pembeli dan peruncit untuk pengagihan barang-barang daripada kawasan terutamanya China, Taiwan, Korea, India dan negara-negara ASEAN. Terbahagia kepada beberapa pecahan pembangunan - pusat perdagangan dan pengagihan, menara pejabat,kediaman berservis, perniagaan hotel, kedai-kedai runcit yang unik, pusat hiburan dan pusat pemborongan. Sila layari www.aptec.com.my .
 
 
Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat
Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat terletak di dalam wilayah selatan Johor, Ianya bersempadan dengan Selat Johor di selatan dan lembangan sungai Johor di timur. Kompleks tersebut adalah kesinambungan bagi kewujudan kawasan perindustrian Pasir Gudang dan meliputi kawasan seluas 4,198.52 ekar yang dikhaskan untuk industri-industri ringan, sederhana dan berat. Tanah tersebut adalah di bawah pemilikan Johor Corporation.
 
Taman Perindustrian Pasir Gudang
Taman Perindustrian Pasir Gudang, yang meliputi tanah seluas 3,764 ekar, adalah salah satu daripada kebanyakkan estet industri yang berjaya diusahakan oleh Johor Corporation. Ia juga adalah perindustrian paling berjaya di antara perbandaran-perbandaran di Malaysia. Kini, kawasan perindustrian Pasir Gudang telah mempunyai lebih daripada 300 syarikat pengeluar. Sementara itu, terdapat juga kemudahan tangki ladang di Pasir Gudang yang mengandungi muatan tangki minyak makan untuk kegunaan katering yang terbesar di dunia untuk memenuhi keperluan daya pemprosesan dari syarikat-syarikat yang beroperasi di pedalaman Pasir Gudang
 
Pelabuhan Johor
Perkhidmatan-perkhidmatan Pelabuhan Johor termasuklah pengendalian kargo yang merangkumi: kargo kering, kargo am, pukal cecair dan kontena-kontena. Pelabuhan tersebut juga merangkumi perkhidmatan marin seperti penundaan, pengemudian, pemindahan dari kapal ke kapal, pengisian bahan api dan bekalan air bersih. Pengurusan kemudahan pelabuhan termasuklah melaksanakan Zon Bebas Pelabuhan Johor, pengurusan hartanah dan pergudangan. Pelabuhan Johor adalah sebuah anak syarikat MMC Corporation Berhad.
 
Pelabuhan Tanjung Langsat
Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL) adakah pelabuhan ketiga di Johor, Malaysia, direka khas untuk melengkapkan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang. Merupakan terminal terpenting di Asia Tenggara, ianya mengendalikan kargo pukal seperti gas petroleum cecair (GPC) dan bahan kimia berbahaya.
Dimulakan pada tahun 1995 dan memulakan operasi separa pada tahun 2003, PTL terletak 12 batu nautika (22 km) dari laluan kapal antarabangsa, 5 km dari Pelabuhan Johor dan 30 km dari Johor Bahru. Meliputi tanah seluas lebih daripada 750 ekar tanah dalam kawasan pelabuhan dan 4.5 km menghadap Selat Johor. Pelabuhan Tanjung Langsat adalah sebuah anak syarikat Johor Corporation.
 
Litar Pasir Gudang
Dibina pada tahun 1986, Litar Johor adalah litar lumba motor antarabangsa kelas pertama di luar Lembah Klang. pada mulanya ia hanya menjadi tumpuan peminat-peminat tempatan, kemudian mula dikenali bukan sahaja di peringkat wilayah malahan di seluruh dunia. Walaupun hanya merupakan litar baru, cabaran tatarajah 3.86 km bakal menarik penyertaan daripada para pelumba . Pada tahun 1990 , selepas 4 tahun dibina, litar itu telah dinaik taraf menjadi FIM World GP yang memenuhi syarat-syarat homologation. Pada tahun 1998, litar tersebut telah menganjurkan Kejuaraan Motosikal Grand Prix dunia. Semenjak itu, ia telah menjadi tuan rumah untuk perlumbaan tempatan dan serantau.

Telok ramunia dimajukan PETRONAS


Johor: Teluk Ramunia hab pelaburan strategic


29 JULY 2010 , BY BERITA HARIAN


Beberapa syarikat luar negara menyatakan minat untuk melabur di Teluk Ramunia berikutan kedudukan strategik kawasan berkenaan terutama berdekatan Singapura.

Syarikat itu termasuk anak syarikat South Korea Samsung Group, Samsung Heavy Industries (SHI) yang dikatakan mula menyuarakan keinginan untuk melabur dalam sektor petroleum dan gas di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata syarikat itu mengadakan lawatan ke Teluk Ramunia dan berjaya mengenal pasti lokasi sesuai untuk pembangunan projek limbungan kapal mereka, tahun lalu.

“Dalam lawatan itu, SHI menyuarakan kesungguhan mereka untuk melabur kerana kawasan terbabit bersesuaian dengan projek yang bakal dilaksanakan.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti mengenai jumlah pelaburannya kerana tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung projek itu," katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Teknologi Baru, Pembangunan dan Penyelidikan untuk Iskandar Malaysia anjuran Pusat Penyelidikan Iskandar Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (IMREC) di sini.

Sebelum ini, Pengurus Besar Pusat Pelaburan negeri, Mohamed Basir Mohamed Sali dilaporkan sebuah syarikat berpangkalan di Asia Pasifik dijangka melaksanakan projek pembangunan bernilai RM2 bilion di Teluk Ramunia, Kota Tinggi.
Abdul Ghani berkata, selain SHI, banyak syarikat luar negara menyatakan minat untuk melabur di kawasan yang akan dibangunkan sebagai hab petroleum dan gas utama itu.

“Teluk Ramunia bukan saja terletak di lokasi yang strategik, malah ia berdekatan Singapura.

“Justeru, kita jangkakan peningkatan jumlah pelabur pada masa akan datang kerana terlalu ramai yang berminat untuk melabur di Teluk Ramunia," katanya.
**orang johor jangan cakap takde kerje wokeyy:)

intro to offshore


Salam..
Di topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email bertanyakan apa lagi lepas tu, itu dan ini, maka aku sukacita meneruskan topic offshore ni. Kali ini berkenaan dengan position yang ditawarkan di offshore platform.
List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.
Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.
Rigger – Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.
Rigger Scaffolder – Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.
Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.
Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.
Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.
Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.
Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.
Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.
Crane Operator – Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.